Siapa Nak Jadi Pengikut Saya...Mari...Mari...

$$$klik$$$

Khamis, 4 November 2010

Cendawan Tiram Goreng

Salam makan-makan, sahabat-sahabat sakalian…hari ini bongchai nak kongsi cerita kit la tentang “ Cendawan Tiram Gorang “. Bukan apa, hari tu bongchai ada jalan-jalan kat satu pasar malam ni. Dalam tengah berjalan tu ternampak la cendawan gorang. Nampak macam best jek…Issss…sekali macam megidam la pulak. Bongchai pun apa lagi, beli la…agak banyak jugak la jugak.

Bongchai kadang-kadang nak beli makan kat luar ni bongchai fakir dua tiga kali jugak. Ye la…kadang-kadang beli punya beli dah terbanyak la pulak, pada hal yang nak makan bongchai sorang-sorang jek ( bujang lagi ek…sesiapa nak masuk line sila dapatkan borang yek…heee… ) tu dah satu hal. Kadang-kadang pulak time beli nampak aduuuhhh…sedap nyer…makan-makan jek rasa macam nak pergi tereban jek balik kat orang jual tu…macam hampeh ( ter-over marah pulak…maaf yek ).

          Berbalik kepada cerita asal…sesudah bongchai beli, maka balik la bongchai tuk menikmati segala benda-benda yang bongchai beli tadi. Tapi alangkah hampa nyer, cendawan tiram gorang yang dok nampak sedap tadi rasa nyer seperti “ jauh punkoQ dari lubang jamban “. Macam hampeh…dah rasa macam surat kabaQ di celup tapung lepas tu di gorang. Hati rasa bara jek, tapi dah tak berguna dah. Benda dah beli pun…last-last bongchai tereban jek bende tu dalam tong sampah. Tobat tak ku beli dah…isssss…geraaammmm… Peniaga yang macam ini la contoh antara berniaga bukan dengan hati yang iklas. Kira nak untung jek…bak kata orang zaman sekarang “ Nak pergi haji balik hari “.

          Sejak dari hari itu bongchai tak beli dah cendawan tiram goreng kat luar. Bongchai test tanya mak cik bongchai macam mana nak buat dan masak cendawan ni bagi sedap. Last-last mak cik bongchai pun bagi la sikit tips resepi dan petua ni kat bongchai.

Petua sebelum nak goreng cendawan tiram. Jangan sesekali rendam cendawan tersebut kedalam air apa bila nak basuh cendawan tersebut. Ini kerana, candawan tersebut jenis yang meyerap air.  Jadi kalo kita rendam cendawan tu nanti bila goreng ia jadi lembik la. Kalo boleh sebelum nak goreng cendawan tu cuba jemurkan dahulu atau buat la apa-apa yang perlu untuk keringkan atau kurangkan kandungan air yang ada dalam cendawan tu sedikit. Jangan la sampai kering bebetul lak, kang tah rasa apa-apa la pulak jadi nyer nanti…heeee…Ok…selesai jek buat semua tu. Sekarang tiba la masa nyer kita nak campurkan bahan-bahan kita gan cendawan tu. Bahan-bahan nyer adalah :

1 paket cendawan tiram ( dicarik dua kalau besar-besar dan pastikan bersih tau, kang ada lak yang makan tanah )

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan air
1 sudu besar tepung goreng pisang Adabi @ tepung Kentucky
1 sudu teh tepung beras
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar rempah ayam masak merah
1 sudu teh rempah kari ayam
1 sudu besar bijan
   Lada secukup rasa ( kalo nak rasa pedas la ek )
   
Cara-cara:
1. Bancuhkan semua bahan dan gaul rata hingga tak berketul-ketul.
2. Celupkan cendawan dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
3. Terbalikkan cendawan agar ianya masak rata.
4. Angkat dan toskan minyaknya apabila cendawan bertukar warna   
    keperangan.
5. Sedia dihidang dengan sos cili atau sos pencicah.

p/s: agak-agak kalo nak makan dengan nasi dan sambal belacan telur dadar dan kicap pun boleh…sedap gitu…gaya orang bujang…heeee…

6 ulasan:

  1. kegemaran saya..kegemaran kami org johor.nakbeli mahal sgt..tak puas mkn..so mmg selalu buat sendiri je...sedapppp

    BalasPadam
  2. lama tak makan ni.. petang ni gi belila kat kedai goreng pisang

    BalasPadam
  3. bong angah singgah sini fuhh terliur beb heheh

    apa2 pun singgah 4llow terus

    BalasPadam
  4. uitt..tak penah rasa nih.Nak cari gak nanti.salin lu dalam buku kecik aku.

    BalasPadam
  5. selalunye saya guna serbuk goreng adabi tapi campur serbuk kayu manis tuk ilangkan rasa masin tepung tu or serbuk kari tuk rasa pedas2....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...