Siapa Nak Jadi Pengikut Saya...Mari...Mari...

$$$klik$$$

Khamis, 9 Disember 2010

Nasi Ayam Stephen Chow Menangis

     Salam makan-makan…hari ini bongchai ada cerita kit…heeee…macam ni cerita nyer…hari tu bongchai saja jalan-jalan kat ada satu tesco ni dengan adik dan kawan dia. Dok syok punya jalan cuci mata pastu pergi main game initial D sampai la time lapar kami pun tiba. Jadi kami pun pergi la cari tempat makan kat dalam tu. Jalan punya jalan dok nampak KFC la…A&W la…Mc’D la…busan la pulak nak makan benda-benda segera ni. Lagi pun, benda tu semua bukan makanan sihat pun. Jadi kami pun beralih arah la ke food court yang ada dalam tesco tu.
     Sampai saje kami kat situ kami pun dok langut, nak makan apa yek…hmmmmm…tetiba adik cakap…jom makan “ Nasi Ayam Stephen Chow Menangis ”…bongchai tertanya-tanya jugak, apa kebenda nyer tu. Tau la tu dah pasti nyer nasi ayam…tp…sampai Stephen chow nak menangis…hebat tu…so kami pun pergi la ke lot yang jual nasi ayam tu…sampai saje kat lot tu bongchai pun lihat-lihat ler menu dia…aiiikkkk…macam nasi ayam orang cina…bongchai pun tengok la tukang masak dia…fuuuhhhh~~~ orang melayu kita rupa nyer. Cuma semua masakan nasi ayam dia macam orang cina buat. Kira halal la untuk orang beragama islam nak makan.

     Kami pun beratur la, boleh tahan ramai jugak la yang beratur tu. Waktu-waktu lapar ni pulak dah ramai orang. Jadi bersabar jek la…tunggu punya tunggu, sampai la ke giliran kami. Kami pun pesan la nasi ayam yang dikatakan tu tiga.
Rupa nyer ini yang dikatakan adik tu nasi ayam Stephen chow menangis tu...seperti biasa…nasi ada ayam ( dah tentu la kan…nama pun nasi ayam ) tapi ia nampak sangat menarik di hati bongchai. Bagaikan ada aura la pulak…heeee…
     Nasi nyer putih kekuningan, terasa bawang, halia dan terasa perisa ayam ( munkin semasa masak nasi tu telah di bubuh stok ayam ). Manakala ayam nyer rangup tapi lembut isinya, terasa kemanisan ayam tersebut. Dibahagian telur mata nyer pula dibuat separuh masak di bahagian kuning. Dan sayur yang di gunakan ialah sayur sawi, yang hanya di celur menggunakan canpuran air dengan miyak bijan. Aahhhh…sememang nyer nasi ini ada daya tarikan yang tersendiri.
     Tiba-tiba bongchai terfikir, mana adik dapat idea bagi nama kat nasi ayam ni. jadi bongchai pun tanya la adik. Lalu ia bercerita…pernah tengok cerita “ God Of Cookery ” tak? Kan stephen chow menangis masa makan nasi ni. Cuma dalam cerita tu daging yang digunakan daging babik, kita orang islam ni tukar ler kit pakai daging ayam. Baru la halal…heeee….


Manis - Datangnya kemanisan itu terjadi dari detik-detik perkenalan 
             perjumpaan dan percintaan. Kenangan-kenangan saat 
             bersama…ketawa…gurau senda…senyumnya melekat di 
             hati.

Masin - Hadirnya masin itu dari titisan-titisan air mata yang melinang 
             takkala di ambang kesedihan yang dilalui, yang di ingati dan 
             di ratapi.

Pahit   - Di kala kesedihan melanda diri. Maka timbulah kekecewaan dari luka
             yang hadir di pendam dihati. Yang menanti dan terus menanti bilakah
             ianya akan pergi…

Ahad, 5 Disember 2010

Mee Udang Mesra TN

Salam makan-makan…lama pulak bongchai tak letak bahan dalam blog ni. Haaa...hari ni bongchai nak buat promosi la sikit. Bukan apa...just nak tolong sahabat-sahabat kita yang berniaga jugak. Ceritanya macam ni…hari tu ada kawan bongchai ajak pergi makan mee udang, tapi bongchai tak boleh nak makan udang jadi bongchai makan kwetiau kerang goreng jek la..

            Nama tempat tu “ Mee Udang Mesra TN “ ( TN aka Taman Nilam ). Kedai ni boleh dikatakan warung jek. Biasa la…berniaga dalam taman. Lupa pulak nk bagi tau. Kedai ni dekat dalam kedah, sungai petani. Di sini bongcai sertakan peta dia ( ambik dari tauke kedai sendiri..heee.. )
Hmmm…kalau bongchai lihat dalam menu macam-macam gak yang ada…harga pun boleh la…di sini bongcahai sertakan sekali harga-harganye…korang jeling-jeling la sendiri ek…heeee….
Sesiapa yang rasa-rasa nak cuba, boleh la pergi sendiri ek… Wassalamualaikum… 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...