Siapa Nak Jadi Pengikut Saya...Mari...Mari...

$$$klik$$$

Khamis, 9 Disember 2010

Nasi Ayam Stephen Chow Menangis

     Salam makan-makan…hari ini bongchai ada cerita kit…heeee…macam ni cerita nyer…hari tu bongchai saja jalan-jalan kat ada satu tesco ni dengan adik dan kawan dia. Dok syok punya jalan cuci mata pastu pergi main game initial D sampai la time lapar kami pun tiba. Jadi kami pun pergi la cari tempat makan kat dalam tu. Jalan punya jalan dok nampak KFC la…A&W la…Mc’D la…busan la pulak nak makan benda-benda segera ni. Lagi pun, benda tu semua bukan makanan sihat pun. Jadi kami pun beralih arah la ke food court yang ada dalam tesco tu.
     Sampai saje kami kat situ kami pun dok langut, nak makan apa yek…hmmmmm…tetiba adik cakap…jom makan “ Nasi Ayam Stephen Chow Menangis ”…bongchai tertanya-tanya jugak, apa kebenda nyer tu. Tau la tu dah pasti nyer nasi ayam…tp…sampai Stephen chow nak menangis…hebat tu…so kami pun pergi la ke lot yang jual nasi ayam tu…sampai saje kat lot tu bongchai pun lihat-lihat ler menu dia…aiiikkkk…macam nasi ayam orang cina…bongchai pun tengok la tukang masak dia…fuuuhhhh~~~ orang melayu kita rupa nyer. Cuma semua masakan nasi ayam dia macam orang cina buat. Kira halal la untuk orang beragama islam nak makan.

     Kami pun beratur la, boleh tahan ramai jugak la yang beratur tu. Waktu-waktu lapar ni pulak dah ramai orang. Jadi bersabar jek la…tunggu punya tunggu, sampai la ke giliran kami. Kami pun pesan la nasi ayam yang dikatakan tu tiga.
Rupa nyer ini yang dikatakan adik tu nasi ayam Stephen chow menangis tu...seperti biasa…nasi ada ayam ( dah tentu la kan…nama pun nasi ayam ) tapi ia nampak sangat menarik di hati bongchai. Bagaikan ada aura la pulak…heeee…
     Nasi nyer putih kekuningan, terasa bawang, halia dan terasa perisa ayam ( munkin semasa masak nasi tu telah di bubuh stok ayam ). Manakala ayam nyer rangup tapi lembut isinya, terasa kemanisan ayam tersebut. Dibahagian telur mata nyer pula dibuat separuh masak di bahagian kuning. Dan sayur yang di gunakan ialah sayur sawi, yang hanya di celur menggunakan canpuran air dengan miyak bijan. Aahhhh…sememang nyer nasi ini ada daya tarikan yang tersendiri.
     Tiba-tiba bongchai terfikir, mana adik dapat idea bagi nama kat nasi ayam ni. jadi bongchai pun tanya la adik. Lalu ia bercerita…pernah tengok cerita “ God Of Cookery ” tak? Kan stephen chow menangis masa makan nasi ni. Cuma dalam cerita tu daging yang digunakan daging babik, kita orang islam ni tukar ler kit pakai daging ayam. Baru la halal…heeee….


Manis - Datangnya kemanisan itu terjadi dari detik-detik perkenalan 
             perjumpaan dan percintaan. Kenangan-kenangan saat 
             bersama…ketawa…gurau senda…senyumnya melekat di 
             hati.

Masin - Hadirnya masin itu dari titisan-titisan air mata yang melinang 
             takkala di ambang kesedihan yang dilalui, yang di ingati dan 
             di ratapi.

Pahit   - Di kala kesedihan melanda diri. Maka timbulah kekecewaan dari luka
             yang hadir di pendam dihati. Yang menanti dan terus menanti bilakah
             ianya akan pergi…

Ahad, 5 Disember 2010

Mee Udang Mesra TN

Salam makan-makan…lama pulak bongchai tak letak bahan dalam blog ni. Haaa...hari ni bongchai nak buat promosi la sikit. Bukan apa...just nak tolong sahabat-sahabat kita yang berniaga jugak. Ceritanya macam ni…hari tu ada kawan bongchai ajak pergi makan mee udang, tapi bongchai tak boleh nak makan udang jadi bongchai makan kwetiau kerang goreng jek la..

            Nama tempat tu “ Mee Udang Mesra TN “ ( TN aka Taman Nilam ). Kedai ni boleh dikatakan warung jek. Biasa la…berniaga dalam taman. Lupa pulak nk bagi tau. Kedai ni dekat dalam kedah, sungai petani. Di sini bongcai sertakan peta dia ( ambik dari tauke kedai sendiri..heee.. )
Hmmm…kalau bongchai lihat dalam menu macam-macam gak yang ada…harga pun boleh la…di sini bongcahai sertakan sekali harga-harganye…korang jeling-jeling la sendiri ek…heeee….
Sesiapa yang rasa-rasa nak cuba, boleh la pergi sendiri ek… Wassalamualaikum… 



Khamis, 4 November 2010

Cendawan Tiram Goreng

Salam makan-makan, sahabat-sahabat sakalian…hari ini bongchai nak kongsi cerita kit la tentang “ Cendawan Tiram Gorang “. Bukan apa, hari tu bongchai ada jalan-jalan kat satu pasar malam ni. Dalam tengah berjalan tu ternampak la cendawan gorang. Nampak macam best jek…Issss…sekali macam megidam la pulak. Bongchai pun apa lagi, beli la…agak banyak jugak la jugak.

Bongchai kadang-kadang nak beli makan kat luar ni bongchai fakir dua tiga kali jugak. Ye la…kadang-kadang beli punya beli dah terbanyak la pulak, pada hal yang nak makan bongchai sorang-sorang jek ( bujang lagi ek…sesiapa nak masuk line sila dapatkan borang yek…heee… ) tu dah satu hal. Kadang-kadang pulak time beli nampak aduuuhhh…sedap nyer…makan-makan jek rasa macam nak pergi tereban jek balik kat orang jual tu…macam hampeh ( ter-over marah pulak…maaf yek ).

          Berbalik kepada cerita asal…sesudah bongchai beli, maka balik la bongchai tuk menikmati segala benda-benda yang bongchai beli tadi. Tapi alangkah hampa nyer, cendawan tiram gorang yang dok nampak sedap tadi rasa nyer seperti “ jauh punkoQ dari lubang jamban “. Macam hampeh…dah rasa macam surat kabaQ di celup tapung lepas tu di gorang. Hati rasa bara jek, tapi dah tak berguna dah. Benda dah beli pun…last-last bongchai tereban jek bende tu dalam tong sampah. Tobat tak ku beli dah…isssss…geraaammmm… Peniaga yang macam ini la contoh antara berniaga bukan dengan hati yang iklas. Kira nak untung jek…bak kata orang zaman sekarang “ Nak pergi haji balik hari “.

          Sejak dari hari itu bongchai tak beli dah cendawan tiram goreng kat luar. Bongchai test tanya mak cik bongchai macam mana nak buat dan masak cendawan ni bagi sedap. Last-last mak cik bongchai pun bagi la sikit tips resepi dan petua ni kat bongchai.

Petua sebelum nak goreng cendawan tiram. Jangan sesekali rendam cendawan tersebut kedalam air apa bila nak basuh cendawan tersebut. Ini kerana, candawan tersebut jenis yang meyerap air.  Jadi kalo kita rendam cendawan tu nanti bila goreng ia jadi lembik la. Kalo boleh sebelum nak goreng cendawan tu cuba jemurkan dahulu atau buat la apa-apa yang perlu untuk keringkan atau kurangkan kandungan air yang ada dalam cendawan tu sedikit. Jangan la sampai kering bebetul lak, kang tah rasa apa-apa la pulak jadi nyer nanti…heeee…Ok…selesai jek buat semua tu. Sekarang tiba la masa nyer kita nak campurkan bahan-bahan kita gan cendawan tu. Bahan-bahan nyer adalah :

1 paket cendawan tiram ( dicarik dua kalau besar-besar dan pastikan bersih tau, kang ada lak yang makan tanah )

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan air
1 sudu besar tepung goreng pisang Adabi @ tepung Kentucky
1 sudu teh tepung beras
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar rempah ayam masak merah
1 sudu teh rempah kari ayam
1 sudu besar bijan
   Lada secukup rasa ( kalo nak rasa pedas la ek )
   
Cara-cara:
1. Bancuhkan semua bahan dan gaul rata hingga tak berketul-ketul.
2. Celupkan cendawan dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
3. Terbalikkan cendawan agar ianya masak rata.
4. Angkat dan toskan minyaknya apabila cendawan bertukar warna   
    keperangan.
5. Sedia dihidang dengan sos cili atau sos pencicah.

p/s: agak-agak kalo nak makan dengan nasi dan sambal belacan telur dadar dan kicap pun boleh…sedap gitu…gaya orang bujang…heeee…

Jumaat, 29 Oktober 2010

Kuih Badak Berendam


    Salam makan-makan...Siapa yang tak kenal lagi dengan kuih badak berendam??? Cepat-cepat  angkat tangan, jangan malu-malu…heeee…maklum la…budak-budak zaman sekarang ni bukan kenai sesangat pun dengan kuih dolu-dolu ni…ok la hari ni bongchai nak cerita sikit tentang kaum kerabat yang dinamakan "Kuih Badak Berendam" ni.

     Kuih badak berendam, atau juga dikenali sebagai panggilan saintifiknya “SOPANG” kat Negeri Sembilan. Ianya merupakan antara sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih ni memang, amat-amat RARE la nak jumpe. Kalo jumpe pun bulan-bulan posa ada la…tu pun bukan semua tempat ada tau.

     Kuih badak berendam ni dibuat daripada adunan tepung beras yang telah digentel bulat-bulat dengan berintikan kelapa bercampur nisan ( apa tah “nisan” tu tah la…yang bongchai google timbul kereta Nissan ada la timbul…heee…). Kebiasaanya bahagian tepung ini dibuat tawar sebab kan dah ada inti yang manis takut nanti dok makan manis-manis, ada lak yang awal-awal kene kerat kaki pulak…heeee…tepung yang berinti tadi akan dimakan bersama santan kelapa bagi memberikan rasa lemak…Tapi bongchai ingat la kan…orang dolu-dolu panggil kueh ni badak berendam tentu sal masa dia makan tu ada badak dok tengah berendam kot depan dia…kalo time tu kerbau dok tengah berendam tentu dia panggil kuih ni “kuih kerbau berendam”…heeeee…

Khamis, 28 Oktober 2010

Khasiat Telur Ayam Kampung




Salam makan-makan sahabat-sahabat sakalian…hari ni bongchai nak kongsi sikit petua macam mana nak topup tenaga…heeee…Kawan-kawan mesti pernah jumpa telur ayam kampong kan??? Bukan yang telur tembelang tu tau…kalo pecah…peeeerrrgggggg…tak dapat di bayangkan…

Tau tak…apa khasiat nyer, kalau kita makan telur ayam kampong???Haaaaa…bongchai nak terangkan sikit la…kelebihan telur ayam kampong dari telur ayam biasa ni…kalau kawan-kawan nak tahu, dalam telur ayam ni terdapat kandungan protein yang cukup bagus untuk tubuh badan kita. Akan tetapi dalam banyak-banyak telur ayam…telur ayam kampong per 100gram nyer ada kandungan 174kalori, 10.8gram protein, 4.9mg zat besi dan 61.5g retinol atau vitamin A. Waaaaauuuuu…poweerrr tuuu~~~Heeee….Oleh itu la kenapa telur ayam kampong lebih diminati dibandingkan dengan telur ayam yang bela kat kilang telur tu.

Kalo kawan-kawan nak tau jugak, telur ayam kampung yang asli ni ada kelebihan tau kalo dibandingkan dengan telur ayam kilang tu. Selain dia ada sumber kalori dan protein haiwan yang cukup baik dimana ianya mudah diserap oleh usus kita dalam jumlah yang banyak. Telur ayam kampong ni jugak boleh dipakai sebagai campuran minuman jamu yang dia orang yakin dapat bagi kesegaran kat badan kita ni ( ada lagi ke zaman sekarang ni jamu ori...yang bongchai tahu bongchai makan buat setegah masak, boh kicap, lada sulah dan kadang-kadang dengan madu lepas tu di cicah dengan roti bakar…heeee… ).

Disini bongchai senaraikan sikit la khasiat telur ayam kampong antara nyer :-

1) Dapat menyembuhkan penyakit jantung koroner, kencing manis atau usus besar.

2) Selain mengandungi sumber tenaga, juga mengandungi sumber protein yang cukup tinggi. Tenaga yang dipakai untuk mengganti tenaga yang digunakan aktiviti seharian. Manakala proteinnya pula diperlukan untuk mengganti bahagian organ yang rosak.

3) Mempunyai kandungan kolesterol (pada kuning telur) cukup tinggi. Bagi yang mempunyai hipertensi atau hiperkolesterolemia (kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi) tapi harus hati–hati karang makan bayak-bayak kang K.O pulak… (*_*)

4) Membantu mengatasi kelelahan dan kelesuan tubuh, namun tidak dapat mengatasi seluruhnya karana badan masih memerlukan waktu untuk merehatkan organ tubuh badan.


Dengan sebab tu la alasanya kenapa telur ayam kampong ni digilai terutama nyer oleh kaum lelaki….heeee…Patut la ada petua orang tua-tua bagi kat bongchai dulu ( untuk kaum lelaki jek tau )…nak bagi up lagi khasiat telur ayam kampong tu…Ambil dua bijik telur ayam kampong yang dah di separuh masakkan ( kalo mentah-mentah lagi power ) tambah dua sudu madu asli dan dua sudu the serbuk lada hitam…lepas tu apa lagi…telan la…konfem HO~LIAU TERANGKAT punya la…hahahahaaa…

p/s:- pastikan dua bijik tau. Karang takut tak seimbang pulak kalo sebijik…heeeee…Selamat  Mencuba…yak..yak..yeeaaa..heeee... Y(^_~)Y

Rabu, 27 Oktober 2010

Mengenal Manfaat dan Khasiat Madu Menurut Islam


Salam makan-makan...Madu, pastinya Anda sudah tidak asing lagi dengan madu ( bukan yang madu tiga tu ek tuan-tuan ). Minuman manis yang terbukti berkhasiat menyembuhkan berbagai macam penyakit, bahkan dalam agama islam pun madu adalah salah satu minuman yang dimuliakan.

melalui Al Qur’an surat An Nahl 68 – 69 Allah menjelaskan tentang lebah dan madu kepada kita, seperti berikut :
     Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia". Kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan peyakit bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.
     Di sini dari dua ayat tersebut jelas bembuktikan misi lebah dibumi adalah untuk mendampingi umat manusia dan menyediakan ubat untuk manusia. Bahkan dari kalimat “….dan temnpat-tempat yang dibina manusia” kita juga megetahui bahwa lebah adalah satu-satunya binatang yang didalam Al Qur’an sudah disebutkan untuk bekerja sama dengan manusia.

Dan Rasulullaah SAW, bersabda :
"Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua obat penyembuh yaitu madu dan al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

     Mungkin agak sulit bagi kita untuk memahami mengapa misi menyediakan obat bagi manusia ini begitu pentingnya – sehingga lebahpun diselamatkan ketika terjadi pemusnahan makhluk-makhluk perkasa dijamannya. Misi tersebut akan menjadi lebih mudah kita pahami akhir-akhir ini khususnya bagi kita yang hidup di Indonesia.

     Kemusrikan paling mudah menyerang umat Islam di Indonesia pada saat dia atau keluarganya menderita sakit, dengan mudah mereka mengambil jalan pintas ke perbagai pengobatan alternatif – padahal berbagai pengobatan alternatif yang ada sebagiannya mengandung kemusrikan. Disinilah pentingnya kita dalam memilih pengobatan (atau apapun masalah kita) untuk menggunakan tuntunan yang ada di Al –Qur-an dan Al Hadits. Dalam pengobatan contohnya yaitu Allah sendiri yang telah mengabarkan kepada kita obat tersebut di dalam Al Quran lewat dua ayat tersebut diatas.

     Lalu dijelaskan lagi didalam hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesehatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

     Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika diamalkan setiap hari akan mencegah daripada berbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

     Dalam al-Qur'an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai obat dan penjaga kesehatan. Lalu bagaimana menurut kaca mata medis mengenai khasiat dan manfaat madu ?

Khasiat dan Manfaat Madu Menurut Uji Klinis :
  1. Meningkatkan kekuatan tenaga fisik.
  2. Mencerahkan mata, memutihkan dan menguatkan gigi.
  3. Mencerdaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak.
  4. Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).
  5. Madu dan sarang lebah madu merupakan bahan asas kepada krem kulit, lipstik dan losyen tangan.
  6. Mempercepat penyembuhan luka terbuka, melawan Jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan.
  7. Menghilangkan panas badan, batuk, selsema, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan kerongkong serta menghilangkan serak suara.
  8. Memperkuat janin yang lemah dalam kandungan ( rahim ).
  9. Membantu menjaga stamina dan kesehatan Ibu Hamil karena memberikan asupan gizi yang tinggi bagi pertumbuhan janin yang sehat selama dalam kandungan
  10. Membantu perkembangan otak bayi, karena setiap harinya otak terus berkembang sampai dengan usia 5 tahun. Untuk itu ia membutuhkan gizi yang tinggi.
  11. Mengobati luka bakar. Madu memiliki spesifikasi anti proses peradangan (inflammatory activity anti).
  12. Meningkatkan nafsu makan Anak-anak ( adanya unsur vitamin B yang lengkap dalam madu), dan mempercepat pertumbuhan fisik sehingga anak tumbuh sehat , lincah dan riang serta tahan penyakit. ( H.Mohamad , 2002 ).
  13. Mengembalikan stamina dari kelelahan dan stress.
  14. Makanan terbaik yang sangat diperlukan bagi manula yang organ pencernaannya sudah mulai berkurang fungsinya, karena madu adalah sumber energi dan gizi yang dapat diserap langsung oleh tubuh .( Kesehatan 2001 ).
  15. Bila digunakan untuk bersikat gigi bisa memutihkan dan menyehatkan gigi dan gusi, mengobati sariawan dan gangguan mulut lain.
  16. Dengan menggunakan cairan madu berkadar 90% (madu dicampur air hangat) dua hari sekali di bagian-bagian yang terinfeksi di kepala, diurut pelan-pelan selama 2-3 menit, madu dapat membunuh kutu, menghilangkan ketombe, memanjangkan rambut, memperindah dan melembutkannya serta menyembuhkan penyakit kulit kepala.
     Semoga dengan penjelasan mengenai Manfaat dan Khasiat Madu Menurut Islam akan menjadikan Anda tidak enggan untuk mengkonsumsi madu, ingat mencegah lebih baik dari pada mengobati.

Selasa, 26 Oktober 2010

Salam makan-makan....

     Assalamualaikum dan Salam makan-makan...huhuhuuu....ni 1st time buat blog ni....heeee....pertama-tama nyer saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih to my kawan-kawan yang dok suruh-suruh saya buat blog untuk isi masa lapang saya yang telampau banyak tu...heeeee...so kalo ada silap or salah...janganlah anda semua meyalahkan saya yang baru nak belajar ni ek...salahkan kawan-kawan saya tu...heeee...( jangan mara yek )
     Mula-mula rasa pening gak la nak buat bende-bende ni semua...ye la...apa tajuk utama yang saya perlu buat dengan kata lain tajuk besar bagi blog ni...tp setelah buat sedikit kajian...dok intai blog-blog orang lain...maka hamba megerti la...tajuk yang amat-amat sesuai dengan saya ni bab "MAKAN"...so...di sini bermulalah perjalanan blog makan saya...

     Seperti blog-blog makan yang lain ( kalo ada la ) blog saya bukan nak tunjuk hanya makanan golongan bangsawan-bangsawan ni...maksud nyer bukan makanan mewah la...blog ni nk tunjuk makanan-makanan orang biasa-biasa jek...tapi sedap dan sedaplah...hahahaaa....saya akan banyak memfokuskan kepada jenis-jenis makanan orang kampung...kuih-kuih yang kadang kala susah kita nak jumpa...termasuk la lauk-lauk yang agak RARE-RARE gak la...yang kadang-kadang orang tak berani nak makan ( yang HALAL jek tau ) dan boleh la saya selit-selitkan sedikit makanan golongan bangsawan ni...kang jakun plak sal...termasuk la masakan orang-orang mat salleh yang dah di melayukan...heeeee....Selain itu saya akan selitkan jua info plan...nama kedai dan lokasi kedai-kedai yang best ni agar anda semua dapat kongsi bersama...tak kan la nak makan sorang-sorang plakkan...heeee...dan tidak lupa jugak tips-tips kesihatan untuk kita bersama.
     Maka kawan-kawan semua...dengan ini maka rasmi la my 1st blog bertajuk "perutbuncit-bongchai30.blogspot.com"...di harap kawan-kawan semua terhibur and dapat membuncitkan lagi perut anda bersama-sama saya...hahahahaaa...sekian...Wassalammualaikum......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...